Bursa Malaysia
Bursa Marketplace
Bursa Anywhere
Bursa Academy
Bursa Sustain
Bursa 2U
BM
Halaman
Pasaran
BON
Ekuiti
Derivatif
EkuitiI Islam
Funds
Belajar
Pandangan
Pusat Pengetahuan
Kemampuan
Cawangan Produk
Alert Pelabur
shares2share
proramme eksekutif
Berita
Acara
Simulator
Simulator Ekuiti
Simulator Derivatif
Others
ESG
Perantara
Folder Saya 
Daftar  
Login Masuk  
BM
Bursa Malaysia Icon
Bursa Malaysia
Bursa Marketplace Icon
Bursa Marketplace
Bursa Anywhere Icon
Bursa Anywhere
Bursa Academy Icon
Bursa Academy
Bursa Sustain Icon
Bursa Sustain
Contact Us Icon
Bursa 2U
English (UK)
Bahasa Malaysia
简体中文
Bursa Academy brings you Bursa Quiz 2022.
Play and Win
PLAY NOW
Learn > Ekuiti > Sebagai Seorang Pelabur, Pengetahuan adalah Segala-galanya

Sebagai Seorang Pelabur, Pengetahuan adalah Segala-galanya


Sumber: BURSA ACADEMY | Diterbitkan: Ogos 2020

Tambah ke Folder Saya Hapus dari Folder Saya

Kita semua mempunyai harapan dan rancangan untuk masa depan yang lebih baik. Namun begitu, hanya sebilangan kecil daripada kita yang benar-benar memikirkan tentang perkara tersebut. Malah, rata-rata kebanyakan orang menghabiskan lebih banyak masa untuk memilih pakaian atau memilih kek hari jadi daripada berfikir tentang pelan persaraan atau bagaimana untuk melabur simpanan mereka dengan bijak dan menghasilkan keuntungan.

Melabur adalah satu bentuk seni yang membuatkan wang anda bekerja sehingga menghasilkan lebih banyak wang untuk anda. Dalam dunia hari ini, melabur bukan sekadar satu idea yang baik tetapi merupakan satu keperluan.

Melabur bukanlah tangga untuk mencapai kekayaan dengan pantas dan ia juga bukan satu bentuk perjudian. Melabur adalah hasil yang dicapai setelah melakukan kajian dan analisis yang mendalam terhadap pelbagai faktor dan kemungkinan. Tambahan pula, ini adalah wang anda; anda perlu memahami dan mengambil berat tentang apa yang berlaku terhadapnya. Ini menjadikannya lebih penting untuk mengetahui apa yang anda lakukan dan mengapa anda melakukannya.

Saluran pelaburan memang banyak dan jenis-jenis pelaburan juga agak besar. Kuncinya adalah memahamiapakah ciri-ciri, kekuatan serta kelebihan yang ditawarkan, supaya anda boleh menentukan pelaburan manakah yang paling sesuai untuk anda dan matlamat yang telah anda tetapkan untuk diri anda sendiri. Sebaik sahaja anda mampu untuk menentukan siapakah diri anda sebagai seorang pelabur, ia menjadi lebih mudah untuk membuat pilihan yang sesuai dan berguna untuk anda.

Secara umumnya, pelaburan boleh menjadi salah satu daripada empat kategori yang disebut sebagai 'kelas aset'.

Wang tunai adalah wang yang anda miliki dalam akaun bank anda, manakala 'setara tunai' adalah pelaburan yang membolehkan penukaran kepada wang tunai dengan cepat. Dalam erti kata lain, ia membolehkan penutupan pelaburan dan ditukarkan kepada wang tunai.

Pelaburan setara tunai merangkumi dana pasaran wang, bil perbendaharaan dan bon simpanan. Walaupun instrumen tersebut dianggap sangat selamat, kadar pulangannya juga agak rendah berbanding dengan jenis pelaburan lain.

Pelaburan berdasarkan hutang adalah sekuriti yang menghasilkan pendapatan tetap. Satu contoh adalah bon; yang mana anda meminjamkan wang anda kepada syarikat atau pihak kerajaan untuk satu jangka masa yang tetap. Apa yang anda dapat sebagai balasan adalah janji untuk membayar faedah kepada anda dan nilai terbitan bon pada akhir tempoh.

Walaupun kebanyakan sekuriti yang menawarkan pendapatan tetap disertakan dengan jaminan dan dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang agak selamat, varian seperti bon 'sampah', yang menjanjikan kadar pulangan yang lebih tinggi, tidak memberikan sebarang jaminan dan boleh menjadi satu bentuk pelaburan yang sangat berisiko.

Membeli ekuiti atau saham pada dasarnya adalah membeli sebahagian pemilikan sesebuah syarikat. Perkara tersebut melayakkan anda untuk menerima dividen, yang merupakan keuntungan yang diperuntukkan oleh syarikat kepada pemegang-pemegang saham dan membolehkan anda untuk mengundi di mesyuarat pemegang saham.

Memiliki ekuiti membolehkan anda mendapat keuntungan dengan dua cara. Anda mendapat keuntungan apabila harga saham meningkat dan apabila pihak syarikat membayar dividen. Malangnya, tiada jaminan terhadap kedua-dua cara tersebut. Malah, harga saham mungkin kerap mengalami kenaikan dan penurunan. Ekuiti pada amnya memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding sekuriti yang menawarkan pendapatan tetap memandangkan risiko untuk mengalami kerugian juga lebih tinggi.

Sebagai alternatif untuk kelas aset lain merangkumi jenis produk pelaburan yang lebih kompleks, termasuk mata wang, dana lindung nilai, emas, hartanah dan pelbagai bentuk derivatif seperti hadapan, niaga hadapan, opsyen dan swap.

Pelaburan alternatif biasanya mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada nilai purata, yang sememangnya sudah dijangkakan kerana potensi pulangan juga adalah lebih tinggi daripada nilai purata. Kelas aset ini biasanya menarik minat pelabur yang mahir dan pakar yang tahu mengurus dan mempunyai selera risiko yang lebih tinggi.

Bursa Marketplace - Belajar, Cuba & Terapkan

Untuk pelabur yang berminat dengan pembelajaran berdasarkan pengalaman, sila layari Bursa Marketplace (https://www.bursamarketplace.com/) – ini adalah portal sehenti Malaysia bertujuan untuk mendidik para pelabur runcit dalam perjalanan pelaburan saham mereka dengan memberikan maklumat seperti data pasaran, penilaian saham, analisis, alat dagangan serta ciri-ciri dagangan maya.

Sifat praktikal peluang pembelajaran yang terdapat di Bursa Marketplace dikuatkan oleh alat yang menarik dan interaktif yang dipanggil MLT - Mirror, Learn & Trade. Dilancarkan pada tahun 2019, MLT merupakan alat idea saham yang membolehkan anda meniru dan memantau pendekatan dagangan profesional penasihat pelaburan berlesen yang membina, menyusun strategi dan mengurus portfolio saham maya.

Ini adalah pembelajaran berdasarkan pengalaman yang terbaik.

MLT menempatkan anda tepat di tengah-tengah aksi kerana anda memiliki portfolio maya, belajar dari penganalisis profesional tentang menetapkan matlamat dan mempertimbangkan risiko, menganalisis dan memahami kelebihan dan kekurangan strategi yang berbeza dan berinteraksi dengan pelajar lain dan pedagang berlesen. Terokainya hari ini -

https://www.bursamarketplace.com/mlt/

Dengan kewibawaan pengetahuan yang ditawarkan di platform pembelajaran Bursa Malaysia, tiada sebab lagi untuk mana-mana pelabur untuk mendengar khabar angin atau bergantung pada tip-tip yang tidak sahih tentang apa yang sedang berlaku di pasaran.

Kaedah terbaik untuk melindungi wang anda adalah dengan menjadi seorang pelabur yang berpengetahuan. Jangan sekali-kali melabur dalam perkara yang anda tidak tahu atau tidak faham sepenuhnya. Luangkan seberapa banyak masa yang diperlukan untuk memahami keperluan pelaburan anda sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

Dengan platform percuma dan boleh dipercayai seperti Bursa Academy dan Bursa Marketplace yang membuka peluang untuk melabur, anda boleh menjadikan diri anda bukan sahaja menjadi seorang pelabur yang berpengetahuan malah menjadi seorang pelabur yang penuh keyakinan dan berjaya.

Teruskan dan manfaatkan sepenuhnya alat dan sumber percuma ini.

Perkasakan diri anda dengan kepakaran yang sebenar.

Baca lagi

Tag: PERDANGANGAN SAHAM, PERTUKARAN SAHAM, TURUN NAIK PASARAN

Tambah ke Folder Saya Hapus dari Folder Saya

DISYORKAN

Kenapa Memilih Dana Dagangan Bursa Leveraj &...

Pelajari lebih lagi tentang sifat-sifat produk serta...

Portfolio Pelaburan untuk Pasaran Bul Seterusnya

Portfolio Pelaburan untuk Pasaran Bul Seterusnya

Dengan pandemi COVID-19, pasaran mengalami kerumitan dan …

Menilai Prestasi Pasaran Dalam Beberapa Kitaran...

Dari banyak perkara yang perlu dikaji mengenai pasaran,...

Kandungan Pilihan Anda Telah Disimpan Di Sini

FOLDER SAYA

Untuk Menambah Penanda Lain Harap Daftarkan / Masuk

LOG-MASUK

OK

It seems that you have not completed "Introduction to Islamic Equities Market".

You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" before you may proceed to "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market".

You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" and "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market" before you may proceed to "Advancing Your Knowledge of Islamic Equities Market".

Enrol Now
Contact Us Personal Data Notice Terms & Conditions Help
Follow us
Copyright © Bursa Malaysia Berhad 197601004668 (30632-P). All rights reserved.
In support of
Related links
 
GlOSARI
Scroll Top

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pengalaman terbaik di Laman Web kami. Dengan terus menggunakan Laman Web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki untuk membantu kami memahami bagaimana anda menggunakan Laman Web ini. Anda boleh mengubah tetapan kuki melalui pelayar anda.