Bursa Malaysia
Bursa Marketplace
Bursa Anywhere
Bursa Academy
Bursa Sustain
Bursa 2U
BM
Halaman
Pasaran
BON
Ekuiti
Derivatif
EkuitiI Islam
Funds
Belajar
Pandangan
Pusat Pengetahuan
Kemampuan
Cawangan Produk
Alert Pelabur
shares2share
proramme eksekutif
Berita
Acara
Simulator
Simulator Ekuiti
Simulator Derivatif
Others
ESG
Perantara
Folder Saya 
Daftar  
Login Masuk  
BM
Bursa Malaysia Icon
Bursa Malaysia
Bursa Marketplace Icon
Bursa Marketplace
Bursa Anywhere Icon
Bursa Anywhere
Bursa Academy Icon
Bursa Academy
Bursa Sustain Icon
Bursa Sustain
Contact Us Icon
Bursa 2U
English (UK)
Bahasa Malaysia
简体中文
Bursa Academy brings you Bursa Quiz 2022.
Play and Win
PLAY NOW
Pasaran > Ekuiti > Menjadi Lebih Pintar Tentang Wang: Menjadi Pelabur Bermaklumat

Menjadi Lebih Pintar Tentang Wang: Menjadi Pelabur Bermaklumat


Sumber: BURSA ACADEMY | Diterbitkan: Ogos 2020

Tambah ke Folder Saya Hapus dari Folder Saya

Bagi seorang pelabur seperti anda, persoalan bila dan bagaimana untuk melabur wang daripada hasil titik peluh anda, sudah pasti merupakan satu keputusan yang besar. Ia bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak boleh dipandang ringan. Bagi membuat keputusan pelaburan yang tepat, anda hendaklah menganalisa dan memahami keadaan kewangan anda, matlamat dan jangka masa pelaburan anda, termasuk tahap risiko yang anda mampu dan bersedia untuk ambil apabila melaburkan simpanan berharga anda.

Ketakutan yang dikongsi oleh semua kelas ekonomi adalah ketakutan kehilangan wang. Sebilangan besar juga menyamakan kehilangan walaupun sedikit wang mereka dengan kehilangan semua pelaburan mereka. Ketakutan terhadap kerugian ini dengan segera bertukar menjadi ketakutan untuk melabur dengan peningkatan risiko yang amat tidak disukai.

Selera anda untuk mengambil risiko dan toleransi anda terhadap risiko merupakan satu petunjuk penting untuk mengetahui apakah jenis pelaburan yang sesuai untuk anda. Biasanya, semakin tinggi potensi pulangan dari pelaburan, maka semakin tinggi risiko yang terlibat. Dengan kata lain, pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi tanpa sebarang risiko adalah sesuatu yang tidak wujud. Sekiranya seseorang menjanjikan skim seperti itu, anda hendaklah berhati-hati.

Salah satu cara untuk tidak menjadi mangsa kepada nasihat yang tidak bertanggungjawab tersebut adalah dengan membuat penyelidikan yang mendalam tentang pelaburan yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak mampu memperuntukkan banyak masa untuk melakukan penyelidikan secara aktif tentang peluang pelaburan dan tingkah laku pasaran. Mendapatkan bantuan daripada penasihat berlesen tentunya merupakan satu pilihan yang baik. Perlu diingatkan bahawa nasihat kewangan yang sesuai dengan pelabur lain tidak semestinya sesuai untuk anda.

Kaedah lain untuk mengatasi perasaan takut untuk melabur adalah dengan mendapatkan fakta yang tepat tentang pasaran saham, bagaimana ia berfungsi dan apa yang ditawarkannya. Hari ini, kebanyakan orang secara tanpa disedari beralih kepada internet untuk mendapatkan nasihat dan, malang sekali, sebilangan besar daripada mereka menjadi mangsa kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjanjikan kekayaan.

Walaupun internet merupakan satu repositori besar maklumat yang berguna, mengetahui siapakah penasihat dan apakah nasihat yang boleh dipercayai sangat penting untuk memastikan kesejahteraan kewangan anda. Mendengar nasihat daripada seseorang yang meragukan yang mempromosikan skim-skim cepat kaya adalah sesuatu yang perlu dijauhi. Di samping itu, adalah sesuatu yang tidak bermanfaat untuk belajar daripada pakar yang mempromosikan diri mereka sendiri secara dalam talian yang satu-satunya tujuan mereka adalah untuk membuatkan anda membayar perkhidmatan mereka, yang mungkin merupakan nasihat-nasihat yang tidak berguna dan yang lebih menakutkan adalah panduan yang berbahaya dari segi kewangan.

Apa yang tidak disedari oleh ramai orang adalah risiko terbesar dalam pelaburan timbul daripada tingkah laku pelabur itu sendiri yang bersikap terburu-buru, kurang mendapat maklumat dan tidak rasional. Biasanya, ini disebabkan oleh kejahilan atau kekurangan maklumat yang boleh dipercayai. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pelabur yang berpengetahuan adalah lebih baik berbanding pelabur yang mendapat maklumat yang salah dan tidak berpengetahuan.

Pelaburan yang bermaklumat bermula dengan proses pembelajaran.

Berita baiknya ialah, sekarang, sesiapa sahaja boleh belajar.

Apa yang menariknya adalah bahawa Bursa Malaysia membantu menjadikannya satu kenyataan.

Belajar Cara Untuk Belajar

Hari ini, terdapat beberapa cara pendidikan kendiri bagi para pelabur di Bursa Malaysia untuk membantu anda meningkatkan tahap pengetahuan ke tahap yang diperlukan dalam aspek utama pasaran saham, bermula dari istilah dan tingkah laku hinggalah kepada jangkaan dan dagangan. Lebih-lebih lagi, anda boleh membina asas praktikal dalam pelaburan dengan meneliti banyak maklumat tentang risiko, peralatan serta strategi.

Bursa Academy Memperkasakan Anda

Antara sebahagian daripada usaha besar-besaran untuk mencapai celik kewangan di kalangan masyarakat adalah Bursa Malaysia akan terus memacu inisiatif pendidikan pelabur. Satu lompatan digital ke arah ini adalah Bursa Academy, satu platform e-pembelajaran yang kaya dengan kandungan baharu yang menggabungkan pengalaman pembelajaran tidak formal dengan gambaran menyeluruh tentang pasaran modal.

Di Bursa Academy, anda boleh mengakses kandungan pembelajaran yang banyak yang merangkumi pasaran utama pelabur runcit - Ekuiti dan Derivatif - dan juga pasaran pelaburan Ekuiti Islam yang bertanggungjawab secara sosial. Di sini, anda boleh mengakses pelbagai jenis penjelasan mudah, artikel, tutorial, kuiz, video dan webinar tentang struktur asas, prinsip, instrumen, cabaran dan peluang pasaran modal.

Bursa Academy juga menyediakan kursus ringkas, disusun dalam bentuk modul pembelajaran kendiri dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, yang boleh membantu para pelabur baharu untuk memahami dengan cepat pelbagai topik yang berkaitan dengan pasaran.

Platform ini juga memberikan maklumat dan alat kepada para pelabur untuk belajar tentang bagaimana untuk mengemudi dan menikmati pulangan daripada pasaran modal yang tidak menentu. Tujuannya adalah untuk membantu para pelabur yang baharu belajar tentang konsep, strategi dan amalan pasaran yang akan membolehkan mereka merancang pelan pelaburan dan mencapai matlamat kewangan mereka. Bursa Academy adalah platform e-pembelajaran percuma sehenti untuk semua orang – ini adalah langkah pertama yang mudah untuk masa depan pelaburan yang cerah.

(Layari Bursa Academy di https://bursaacademy.bursamarketplace.com/en/home)

Baca lagi

Tag: PERDANGANGAN SAHAM, PERTUKARAN SAHAM, TURUN NAIK PASARAN

Tambah ke Folder Saya Hapus dari Folder Saya

DISYORKAN

Kenapa Memilih Dana Dagangan Bursa Leveraj &...

Pelajari lebih lagi tentang sifat-sifat produk serta...

Portfolio Pelaburan untuk Pasaran Bul Seterusnya

Portfolio Pelaburan untuk Pasaran Bul Seterusnya

Dengan pandemi COVID-19, pasaran mengalami kerumitan dan …

Menilai Prestasi Pasaran Dalam Beberapa Kitaran...

Dari banyak perkara yang perlu dikaji mengenai pasaran,...

Kandungan Pilihan Anda Telah Disimpan Di Sini

FOLDER SAYA

Untuk Menambah Penanda Lain Harap Daftarkan / Masuk

LOG-MASUK

OK

It seems that you have not completed "Introduction to Islamic Equities Market".

You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" before you may proceed to "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market".

You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" and "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market" before you may proceed to "Advancing Your Knowledge of Islamic Equities Market".

Enrol Now
Contact Us Personal Data Notice Terms & Conditions Help
Follow us
Copyright © Bursa Malaysia Berhad 197601004668 (30632-P). All rights reserved.
In support of
Related links
 
GlOSARI
Scroll Top

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pengalaman terbaik di Laman Web kami. Dengan terus menggunakan Laman Web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki untuk membantu kami memahami bagaimana anda menggunakan Laman Web ini. Anda boleh mengubah tetapan kuki melalui pelayar anda.