Bursa Malaysia
Bursa Marketplace
Bursa Anywhere
Bursa Academy
Bursa Sustain
Bursa 2U
BM
Halaman
Pasaran
BON
Ekuiti
Derivatif
EkuitiI Islam
Funds
Belajar
Pandangan
Pusat Pengetahuan
Kemampuan
Cawangan Produk
Alert Pelabur
shares2share
proramme eksekutif
Berita
Acara
Simulator
Simulator Ekuiti
Simulator Derivatif
Others
ESG
Perantara
Folder Saya 
Daftar  
Login Masuk  
BM
Bursa Malaysia Icon
Bursa Malaysia
Bursa Marketplace Icon
Bursa Marketplace
Bursa Anywhere Icon
Bursa Anywhere
Bursa Academy Icon
Bursa Academy
Bursa Sustain Icon
Bursa Sustain
Contact Us Icon
Bursa 2U
English (UK)
Bahasa Malaysia
简体中文
Bursa Academy brings you Bursa Quiz 2022.
Play and Win
PLAY NOW
Learn > Sens ability > Patut ke anda buka akaun deposit tetap?

Patut ke anda buka akaun deposit tetap?


 
 

Ringkasan

Deposit Tetap ialah sejumlah wang yang diletakkan dalam sebuah akaun bank untuk satu tempoh masa tertentu yang akan memberi anda manfaat pembayaran satu kadar faedah tetap. Ia dipanggil ‘tetap’ kerana anda bersetuju untuk membiarkan wang anda dalam akaun tersebut untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Asalkan anda tak keluarkan wang tersebut, kadar faedah takkan berubah. Berbeza dengan beberapa jenis pelaburan yang lain, sebenarnya anda masih boleh keluarkan wang tersebut, cuma kesannya anda mungkin tak akan menerima sebarang faedah, atau kadar faedah yang diterima akan kurang daripada apa yang telah dipersetujui sebelumnya dengan pihak bank.

  1. Deposit Tetap ialah pelaburan yang selamat

    Deposit Tetap ialah tempat yang selamat untuk menyimpan wang anda. Berlainan dengan produk pelaburan yang lain, jumlah pulangan yang akan diterima apabila menyimpan wang dalam Deposit Tetap sudah diketahui dari awal. Modal permulaan anda pun terjamin.

  2. Deposit Tetap sesuai untuk pelaburan jangka pendek dan sederhana

    Deposit Tetap bukan satu pilihan yang baik untuk pelaburan jangka panjang (> 5 tahun). Ada produk pelaburan lain yang boleh memberikan anda pulangan yang lebih baik. Tapi, Deposit Tetap sesuai digunakan untuk tujuan simpanan jangka pendek dan sederhana, atau sebagai simpanan untuk tujuan kecemasan (antara 0-5 tahun).

JOM SELAMI LAGI TOPIK NI...
 
 

Kenapa nak melabur dalam Deposit Tetap?

Kalau tak ada masa atau tak ada pengetahuan kewangan asas untuk melabur dalam produk lain.Sebelum melabur dalam saham dan unit amanah, anda kena ada ilmu yang cukup dan patut membuat kajian dengan teliti. Berlainan dengan unit amanah atau saham, dengan Deposit Tetap anda boleh menikmati pulangan modal (sederhana) yang dijamin.

Kalau anda takut mengalami kerugian. Sebenarnya, Deposit Tetap ialah satu pelaburan bebas risiko kerana modal anda dijamin sehingga RM250,000. Apabila menyimpan dalam Deposit Tetap, dari mula lagi anda akan tahu berapa jumlah pulangan yang anda akan terima, serta berapa lama jangkamasa pelaburan anda. Ini tak sama dengan ciri-ciri pelaburan dalam pasaran saham.

Kalau anda mahu kepastian tentang pulangan anda. Bila menyimpan wang dalam Deposit Tetap, anda tak perlu risau tentang wang anda kerana anda akan tahu dengan tepat berapa jumlah pulangan anda. Jumlahnya mungkin lebih rendah daripada hasil pelaburan dalam pasaran saham, tapi sekurang-kurangnya anda tak ragu-ragu tentang pulangan yang akan diperolehi. 

Kalau anda mahu mengakses wang anda dengan mudah. Berbanding dengan produk pelaburan lain, Deposit Tetap mudah dicairkan. Maksudnya, wang anda boleh dikeluarkan dengan cepat jika ada kes kecemasan atau jika timbul keperluan kewangan yang mendadak. Tapi ingat, kalau anda keluarkan wang anda lebih awal sebelum tempoh matang, anda mungkin akan hilang sebahagian atau kesemua faedah yang sepatutnya anda terima. Jadi, pastikan anda tahu syarat-syarat pengeluaran yang dikenakan oleh bank, supaya anda tak mengalami kerugian akibat kehilangan faedah.

Dan, apabila membandingkan pulangan Deposit Tetap dengan pulangan akaun simpanan.Memang Deposit Tetap memberi kadar yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa tapi anda perlu tinggalkan wang anda di situ tanpa menggunakannya untuk tempoh masa yang telah dipersetujui.

 
 

Kenapa melabur dalam produk pelaburan lain dan bukan Deposit Tetap?

Anda boleh pilih untuk menyimpan sedikit wang dalam Deposit Tetap untuk tujuan kecemasan dan tujuan terancang yang lain (seperti kos perumahan, kos pendidikan, dan sebagainya). Tapi, menyimpan wang dalam Deposit Tetap untuk jangka masa panjang adalah kurang sesuai. 

Jika anda nak kembangkan modal anda untuk jangka masa panjang, anda boleh menyimpan dalam instrumen kewangan yang lain, contohnya Amanah Saham, Dana Dagangan Bursa (ETF) atau letakkan wang lebihan anda dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebagai seorang pelabur, anda ada pilihan pelaburan lain yang masih boleh dianggap selamat dan boleh menjana lebih faedah, contohnya KWSP. Jika dibandingkan kadar Deposit Tetap dengan kadar yang kita akan dapat kalau meletakkan wang dalam KWSP, perbezaan jumlah wang yang akan dijana boleh dikatakan agak besar. Graf di bawah menunjukkan perbezaan jika anda melabur RM1,000 dalam satu deposit tetap 12-bulan dengan baki dibawa ke depan, berbanding dengan jumlah yang sama dilaburkan dalam KWSP. 

Selepas 10 tahun, perbezaan pulangan anda ialah RM 472

Selepas 20 tahun, perbezaan pulangan anda ialah RM 1,493

Selepas 30 years, perbezaannya agak mengejutkan iaitu sebanyak RM 3,565!

Nota: 

Walaupun kita membandingkan simpanan dalam sebuah Deposit Tetap dengan simpanan dalam akaun KWSP, meletakkan lebihan wang dalam akaun KWSP tak semudah membuka satu akaun deposit tetap. Ada beberapa pilihan jika anda nak mencarum wang dalam jumlah yang lebih daripada jumlah statutori yang telah ditetapkan:

  • Caruman sukarela: Ini satu pilihan bagi mereka yang tak mencarum dalam KWSP dan mereka yang ingin menyumbang kepada dana persaraan orang yang tersayang. Caruman tahunan kategori ini dihadkan kepada RM60,000. Bergantung kepada situasi, anda mungkin layak menerima caruman tambahan daripada kerajaan. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut (https://www.kwsp.gov.my/member/contribution)
  • Mencarum jumlah wang yang lebih daripada kadar statutori: Pilihan ini untuk sesiapa yang sudah pun mencarum dalam KWSP tapi ingin menambah lagi jumlah simpanan. Anda ataupun majikan anda boleh pilih untuk menaikkan kadar caruman untuk simpanan KWSP anda. Kadar yang baru ini akan terpakai untuk semua caruman KWSP berikutnya yang dilakukan oleh anda atau majikan anda. Lihat pautan di bawah untuk maklumat lanjut (https://www.kwsp.gov.my/member/contribution/contributing-more-than-the-statutory-rate)
  • Selain itu, memandangkan simpanan dalam akaun KWSP ialah untuk tujuan persaraan, wang di dalamnya hanya boleh dikeluarkan untuk tujuan tertentu saja. Anda takkan mendapat akses kepada wang dalam akaun tersebut sehinggalah anda bersara. Jadi, simpanan KWSP ialah satu pelaburan yang lebih bersifat jangka panjang berbanding Deposit Tetap. 

Untuk butiran lanjut tentang carta di atas, klik di sini:

Andaian

Tempoh pelaburan 30 tahun. Dari 2019 sehingga 2049
KWSP Kadar dividen tahunan malar sebanyak 6.15% (Dividen purata untuk tempoh 2009-2018)
Deposit Tetap Kadar faedah tahunan sebanyak 3% setahun. Diandaikan akaun ialah untuk tempoh 12 bulan dan baki dibawa ke depan sepanjang tempoh pelaburan
Kuiz: Deposit Tetap

Sumber: MULTIPLY | Diterbitkan: Februari 2021

Tambah ke Folder Saya Hapus dari Folder Saya

DISYORKAN

Pelaburan 101

Mengapa melabur? Tidak bolehkah anda menyimpan dan...

Menggalakkan Pelaburan Saham di Kalangan Wanita1

Sekiranya anda fikir anda tidak mempunyai apa yang...

Pemfailan Cukai Langkah Demi Langkah

Proses memfailkan cukai mungkin nampak agak rumit. Mari...

Kandungan Pilihan Anda Telah Disimpan Di Sini

FOLDER SAYA

Untuk Menambah Penanda Lain Harap Daftarkan / Masuk

LOG-MASUK

OK

It seems that you have not completed "Introduction to Islamic Equities Market".

You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" before you may proceed to "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market".

You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" and "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market" before you may proceed to "Advancing Your Knowledge of Islamic Equities Market".

Enrol Now
Contact Us Personal Data Notice Terms & Conditions Help
Follow us
Copyright © Bursa Malaysia Berhad 197601004668 (30632-P). All rights reserved.
In support of
Related links
 
GlOSARI
Scroll Top

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pengalaman terbaik di Laman Web kami. Dengan terus menggunakan Laman Web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki untuk membantu kami memahami bagaimana anda menggunakan Laman Web ini. Anda boleh mengubah tetapan kuki melalui pelayar anda.