Kenapa?
Kerana pengkompaunan itu penting.
Apabila anda melabur, anda akan mendapat manfaat daripada pengkompaunan. Pengkompaunan membolehkan simpanan anda bertambah dengan pantas. Lebih awal anda melabur, lebih cepat wang anda akan bertambah.
Rasa macam bijak tak?
Bayangkan anda mendapat pulangan 3% bagi simpanan RM1,000 selepas setahun, hasilnya cuma RM1,030. Sekarang, bayangkan anda biarkan wang anda di situ dan mendapat 3% lagi untuk tahun itu. Anda biarkan wang anda di situ untuk 50 tahun lagi.
Cuba teka berapa banyak wang anda ada di bank?
Cuba kira: RM1,000 + (RM30 x 50 tahun) = RM2,500
Boleh tahan, kan?
Sebetulnya, angka yang sebenar jauh lebih hebat. Sebenarnya anda akan mendapat RM4,384 hanya dengan menyimpan wang anda di bank yang memberi pulangan faedah 3%. Rahsianya pada tahun kedua, anda bukan mendapat 3% bagi RM1,000 tetapi 3%
bagi RM 1,030 (jumlah awal yang anda masukkan tambah dengan faedah yang anda dapat) yang berjumlah RM30.90. Perolehan faedah anda akan meningkat dengan lebih banyak dari tahun ke tahun.
Lihat graf di bawah untuk memahami bagaimana sebenarnya wang anda bertambah dalam tempoh 50 tahun itu.
Faktor inflasi
Jika anda tak laburkan wang simpanan anda, ia akan perlahan-lahan ‘dimakan’ oleh apa yang dikenali sebagai inflasi, iaitu wang anda semakin kurang kuasa belinya dari masa ke masa. Anda tahu apa maksudnya, bukan? Pada tahun 2018, anda pergi ke pasar dan membeli ikan pada harga RM15. Pada tahun 2019, anda pergi ke pasar dan harganya sudah menjadi RM15.30. Tahun depan, ia mungkin lebih mahal lagi.
Sekarang bayangkan jika anda menyimpan RM15 dalam akaun simpanan anda dengan pulangan 0.8% pada tahun 2018. Jumlah wang anda akan menjadi RM15.12 pada tahun 2019 – ini bermakna anda tak mampu nak beli ikan yang sama banyak seperti yang
anda beli pada tahun 2018.
Sebaliknya, jika anda melaburkan wang yang sama dalam Deposit Tetap dengan pulangan 3%, jumlah wang anda akan menjadi RM15.45, yang akan membolehkan anda membeli ikan yang sama banyak dan akan ada sedikit wang lebih. Inilah sebabnya penting
untuk anda melabur.