Mempelajari Mengenai Sekuriti dan Cara Membina Portfolio Pelaburan Yang Berpelbagai
Mempertingkatkan Strategi Perdagangan Anda dengan Memupuk Pengetahuan Anda Mengenai Derivatif
Mengetahui Lebih Lanjut Mengenai Perdagangan dan Pelaburan Patuh Shariah
Pembelajaran Komprehensif Mengenai Ekuiti, Derivatif dan Ekuiti Islam
Semua Yang Perlu Anda Ketahui Untuk Analisis Penyelidikan, Perdagangan Dan Pelaburan
Memahami dan mengurus kekayaan kewangan seseorang secara berkesan
Ketahui cara melabur. Sama ada anda seorang pemula atau pakar, anda akan mendapat maklumat produk yang berguna di brosur kami
Sentiasa periksa Daftar Makluman Pelabur SC sebelum Melabur
Sumber: MULTIPLY | Diterbitkan: Februari 2021
Satu kolaborasi antara Multiply dan Bursa Malaysia
Anda mungkin pernah dengar tentang perbezaan gaji antara lelaki dan wanita. Contohnya, pada tahun 2019 gaji median lelaki ialah sebanyak RM2,477, ini lebih tinggi daripada gaji median wanita sebanyak RM2,370.[1][1]
Sekarang ini lelaki juga nampaknya lebih berjaya dalam pelaburan berbanding dengan wanita. Dalam pasaran saham misalnya, peratusan pelabur wanita hanya sekitar 31%. Jadi, kalau anda seorang wanita yang mahukan kesaksamaan jantina, melabur mungkin salah satu cara untuk mencapainya – pada masa yang sama, anda ada peluang nak buat duit!
Kalau anda rasa anda tak ada kemahiran untuk melabur, mungkin sebab sebagai seorang wanita anda kurang mengambil risiko atau tak ada masa nak meninjau pasaran saham setiap jam (kerana anda ada banyak tanggungjawab lain), sebenarnya anda silap. Kajian menunjukkan bahawa perkara yang membuatkan wanita ”lebih lembik” daripada lelaki sebenarnya menjadikan mereka pelabur yang lebih baik, jadi wanita seringkali mampu membuat keputusan pelaburan yang lebih stabil dan mendapat pulangan yang lebih banyak dalam jangka masa panjang.[2][2]
Sayangnya, kajian juga mendapati bahawa wanita lebih gemar menyimpan wang mereka dalam akaun simpanan saja. Sekadar menyimpan wang dalam bank bukanlah cara yang baik untuk menambah wang anda, terutamanya apabila kadar faedah agak rendah seperti sekarang.
Jadi, selepas melangsaikan komitmen perbelanjaan dan membuat simpanan setiap bulan, pertimbangkanlah aktiviti pelaburan supaya wang anda dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ada banyak cara untuk melabur, contohnya seperti di pasaran saham, membeli saham amanah atau melabur dalam simpanan tetap. Kali ini, mari kita lihat pelaburan dalam pasaran saham.
Kalau anda bercadang untuk melabur dalam saham, anda perlu buka akaun Sistem Depositori Pusat (CDS), kerana pelabur dalam pasaran saham Malaysia mesti membuka akaun CDS dengan syarikat broker saham. Anggap akaun CDS ini seperti satu akaun bank, tetapi untuk saham anda – setiap kali anda membeli atau menjual saham, semuanya diambil atau dikeluarkan daripada akaun CDS anda. Klik di sini untuk belajar lagi tentang akaun CDS.
Turut serta dalam usaha ini adalah beberapa rakan kongsi broker Bursa Malaysia termasuk Hong Leong Investment Bank, JF APEX, RHB, Malacca Securities, KAF Securities dan AmInvestment Bank. Syarikat-syarikat ini ada membuat pelbagai promosi seperti pemberian diskaun dan mengadakan webinar pendidikan percuma untuk menggalakkan lebih ramai wanita memulakan langkah dalam bidang pelaburan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati ganjaran dan insentif yang ditawarkan untuk pelabur wanita
Kalau anda dah bersedia untuk melangkah masuk ke dalam dunia pelaburan, baca panduan membantu anda bermula dan pelajari tentang bagaimana nak beli dan jual saham.
[1] Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Tinjauan Gaji & Upah 2019
[2] https://www.sc.com/my/stories/sorry-guys-but-women-make-better-investors/, https://www.bursamalaysia.com/about_bursa/media_centre/articles/investment-a-womans-secret-weapon
Tag: KEMAMPUAN
Proses memfailkan cukai mungkin nampak agak rumit. Mari...
Gunakan kalkulator ini untuk mengetahui berapa banyak yang...
Mengapa melabur? Tidak bolehkah anda menyimpan dan...
Kandungan Pilihan Anda Telah Disimpan Di Sini
Untuk Menambah Penanda Lain Harap Daftarkan / Masuk
Upon completion of this course, you will receive a certificate that can be used as a basis of declaration that you are qualified to trade
It seems that you have not completed "Introduction to Islamic Equities Market".
You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" before you may proceed to "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market".
You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" and "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market" before you may proceed to "Advancing Your Knowledge of Islamic Equities Market".
Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pengalaman terbaik di Laman Web kami. Dengan terus menggunakan Laman Web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki untuk membantu kami memahami bagaimana anda menggunakan Laman Web ini. Anda boleh mengubah tetapan kuki melalui pelayar anda.