Pelaburan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) berkaitan dengan koleksi prinsip yang digunakan oleh pelabur yang bertanggungjawab untuk menilai pelaburan yang berpotensi berdasarkan amalan syarikat. ESG merujuk kepada tiga faktor utama dalam mengukur kemampanan dan kesan pelaburan syarikat atau perniagaan ke atas masyarakat. Kriteria ini membantu dalam menentukan prestasi kewangan masa depan syarikat yang lebih baik dan semakin dititikberatkan oleh pelabur yang berusaha ingin memastikan organisasi yang mereka laburkan mematuhi amalan beretika, lestari dan bertanggungjawab.
Aspek alam sekitar menilai usaha syarikat dalam memelihara alam sekitar yang antara lainnya merangkumi dasar berkaitan mitigasi perubahan iklim. Kriteria sosial meneliti pengendalian syarikat terhadap hubungan pekerja, interaksi pembekal, penglibatan bersama pelanggan dan penglibatan komuniti dalam bidang pengoperasian. Tadbir urus mementingkan kepimpinan syarikat, pampasan eksekutif, amalan audit, kawalan dalaman dan hak pemegang saham.
Tahun 2022 terbukti sebagai tempoh yang mencabar bagi dana ESG kerana terdapat pergolakan ketara yang berpunca daripada peristiwa global yang berlaku mutakhir ini seperti konflik Russia-Ukraine. Krisis yang berterusan di Ukraine sejak 2022 telah mengganggu pasaran tenaga dan menimbulkan persoalan berkenaan keselamatan tenaga, memberi kesan kepada pelaburan ESG yang tertumpu pada kelestarian.1 Selain itu, konflik Israel-Gaza pada 2023 menjejaskan kestabilan ekonomi serantau dan meningkatkan kebimbangan mengenai hak asasi manusia, mempengaruhi strategi dan keputusan pelaburan ESG. Peristiwa ini memperlihatkan betapa rumit dan berkembangnya pelaburan ESG dalam landskap geopolitik yang berubah dengan pantas.
Namun demikian, pelabur semakin pantas dalam pelaburan ESG. Permodalan Nasional Berhad (PNB), salah satu pengurus dana terbesar di Malaysia, telah berjanji untuk melabur RM10 bilion dalam aset hijau dan peralihan baharu menjelang 20304.
Sesuatu yang mencabar untuk meramalkan trend dan perkara yang bakal berlaku bagi firma dan perjalanan ESG mereka. Trend berpotensi yang bakal berlaku mungkin termasuk:
- Risiko Tempatan Meningkat dengan Malapetaka Sedunia
Sesetengah isu yang berlaku di seluruh dunia meninggalkan kesan yang mendalam ke atas negara. Ketahanan negara, rantau dan komuniti terjejas dengan kenaikan harga tenaga sedunia, pergolakan politik, cuaca buruk dan bencana iklim, kekurangan makanan, inflasi, gangguan rantaian bekalan, perkhidmatan ekosistem yang merosot dan kesan pandemik.
Sepanjang 2022 dan hingga 2023, cabaran sosioekonomi global bertambah teruk, sebagaimana yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa peningkatan kos sara hidup telah mendorong peningkatan seramai 165 juta orang ke dalam kancah kemiskinan dengan menggunakan garis kemiskinan pada aras $3.65 sehari. 5 Lonjakan kemiskinan ini disebabkan oleh hambatan ekonomi yang terus menerus, termasuklah pandemik COVID-19, peperangan dan bencana akibat perubahan iklim.
Sehingga akhir tahun 2023, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan landskap ekonomi yang mencabar dan berterusan. Anggaran pertumbuhan global untuk 2023 ialah 3.2%, dengan ramalan yang sama pada 2024.6 Tinjauan ekonomi ini, ditambah pula dengan isu global yang berterusan, mungkin dilihat sebagai kemerosotan pertumbuhan bagi banyak pihak, yang menyumbang kepada pergolakan sosial secara berterusan dan wujudnya keperluan dalam merangka strategi pembasmian kemiskinan yang berkesan.
Di Malaysia, kenaikan harga makanan dan utiliti telah menyumbang kepada peningkatan dalam trend inflasi. Melalui perkembangan terkini setakat 17 Julai 2023, inflasi harga makanan domestik kekal tinggi di peringkat global, dengan terdapat banyak negara berpendapatan rendah dan sederhana yang mengalami kadar inflasi melebihi 5%. Di Malaysia, lonjakan inflasi ini telah memberikan tekanan sosioekonomi tambahan kepada penduduk.
Selain itu, peningkatan perbelanjaan kerajaan dalam memberi sokongan terhadap ekonomi negara semasa berlakunya krisis COVID-19 telah meningkatkan tahap hutang dan mengurangkan ruang fiskal Malaysia. Kekangan kewangan ini memberi kesan kepada keupayaan negara untuk menangani pembasmian kemiskinan tempatan dan melabur dalam langkah-langkah untuk meningkatkan kelangsungan hidup dan pertumbuhan ekonomi.
Isu ekonomi ini telah menyebabkan peningkatan tekanan ke atas sosioekonomi yang memberi kesan kepada masyarakat dan negara di seluruh dunia. Tekanan yang kebanyakannya melibatkan ekonomi, turut meninggalkan impak dari segi sosial yang menyumbang kepada kekalutan dan ketidakstabilan di banyak rantau.
Dalam ketidaktentuan ini, terdapat peningkatan yang ketara dalam nasionalisme sumber, trend yang menyaksikan negara-negara mengawal secara langsung sumber asli yang terdapat dalam sempadan mereka sendiri. Ini boleh termasuk langkah seperti nasionalisasi industri, peningkatan cukai atau royalti ke atas syarikat sumber asing, atau peraturan yang lebih ketat mengenai pengekstrakan dan eksport sumber.
Syarikat yang beroperasi pada tahun 2023 menghadapi jaringan cabaran yang saling berkaitan dan melangkaui kebimbangan operasi semasa mereka. Pemahaman terhadap gambaran yang lebih besar, termasuk kesan pergolakan sosial dan nasionalisme sumber, adalah penting untuk memupuk ikatan yang lebih kukuh dalam komuniti dan mengurus risiko sosial pada peringkat aset.
Sumbangan yang dibuat oleh syarikat ke arah pembasmian kemiskinan tempatan, meningkatkan daya hidup dan menyokong pertumbuhan ekonomi boleh memainkan peranan penting dalam mengukuhkan konteks operasi mereka. Dengan mengiktiraf dan bertindak balas terhadap cabaran yang dihadapi di peringkat tempatan, perniagaan boleh memupuk persekitaran yang lebih berdaya tahan dan lestari untuk operasi mereka dan komuniti di tempat mereka berkhidmat.
- Pelabur Menjangkakan Tingkah Laku Komuniti yang Lebih Mantap
Peningkatan standard, prinsip dan protokol khusus dalam industri dan komuniti menyumbang kepada pelaziman teknik pengurusan sosial. Satu daripada standard yang utama ialah Standard Industri Global Pengurusan Tailing (GISTM), yang mengandungi set jangkaan yang komprehensif mengenai penglibatan, penyertaan dan kerjasama komuniti, serta penilaian sosioekonomi. Majlis Perlombongan dan Logam Antarabangsa (ICMM) memperkenalkan Jangkaan Prestasi 2022 yang menggalakkan pelaksanaan standard ini.
Sebagai contoh, GISTM telah dilaksanakan oleh ahli ICMM, pengendali yang bertanggungjawab dan pelombong dengan pelabur terutamanya berorientasikan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) pada tahun 2023, menjadikan pengurusan tailing sebagai bidang tindakan yang utama. Untuk lebih memahami implikasinya, mari kita mendalami perkara yang melibatkan "Tailing":
Tailing ialah bahan buangan yang ditinggalkan selepas pengekstrakan mineral berharga daripada bijih. Ia selalunya mengandungi sisa-sisa bahan kimia dan boleh menimbulkan risiko alam sekitar jika tidak diurus dengan betul. GISTM menangani kebimbangan ini yang menekankan kepentingan pengurusan tailing secara bertanggungjawab.
Tailing ialah bahan buangan yang ditinggalkan selepas pengekstrakan mineral berharga daripada bijih. Ia selalunya mengandungi sisa-sisa bahan kimia dan boleh menimbulkan risiko alam sekitar jika tidak diurus dengan betul. GISTM menangani kebimbangan ini yang menekankan kepentingan pengurusan tailing secara bertanggungjawab.
Melalui GISTM, standard untuk penglibatan komuniti di kawasan operasi di seluruh sektor perlombongan telah meningkat pada tahun 2023. Syarikat yang tidak mematuhi GISTM akan kehilangan peluang untuk menilai dan meningkatkan proses pengurusan sosial mereka dengan sokongan pelabur berorientasikan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus).
Pelaksanaan GISTM boleh memberi banyak manfaat kepada syarikat perlombongan dengan bukan sahaja menyelaraskan amalan mereka dengan standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, namun turut menarik pelabur yang bertanggungjawab yang menghargai pengurusan sosial yang lestari.
- Pelaksanaan UNGP secara meluas
Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGP) ialah standard global yang terkenal untuk hak asasi manusia dari segi korporat, terutamanya untuk mekanisme maklum balas (atau rungutan) komuniti pada peringkat aset. Walaupun dengan sokongan daripada 88 pelabur bernilai AS$5.3 trilion, hanya beberapa rangka kerja yang digunakan oleh industri menyentuh secara khusus berkenaan penjajaran dengan UNGP seperti RGMP, GISTM, IRMA, Equator Principle dan Jangkaan Prestasi ICMM.
Persatuan Perlombongan Kanada (MAC) telah menerbitkan protokol Ke Arah Perlombongan Lestari (TSM) serba baharu serta Konsep Sukarela mengenai Keselamatan dan Hak Asasi Manusia serta Standard Prestasi IFC dalam membantu menterjemahkan prinsip kepada amalan. Mulai 1 Januari 2023, pendedahan UNGP telah dimasukkan/disertakan dalam Standard Pelaporan GRO baharu yang menuntut pelaksanaan audit ESG yang lebih kerap dan usaha wajar daripada syarikat kerana pelabur kini lebih cakna tentang kepentingan risiko hak asasi manusia.
- Motivasi untuk Meningkatkan Prestasi DEI
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat jangkaan yang lebih tinggi terhadap cara syarikat mengendalikan kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman (DEI). Berikutan ini, terdapat banyak kajian yang mendedahkan contoh kes diskriminasi, gangguan, perkauman, dan serangan seksual yang berleluasa, yang membuktikan bahawa usaha yang dilakukan tidak mencukupi dalam mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif dan selamat yang dapat menarik dan mengekalkan kumpulan bakat yang pelbagai.
Justeru, pelbagai pihak yang berminat sudah bertambah cakna dan bertindak. Sebagai pengurus aset, mereka mengharapkan pendedahan tentang pelbagai tema DEI yang lebih luas, terutamanya apabila firma nasihat proksi utama mengubah strategi pengundian proksi mereka berkenaan DEI. Selain itu, CEO menjangkakan peningkatan pelabur yang lebih teliti berhubung prestasi DEI sebagai salah satu isu sosial yang paling penting pada tahun 2023.
- Keterbukaan yang Bersifat Radikal
Pendedahan secara sukarela dan yang dimandatkan membina kredibiliti syarikat melalui ketelusan yang radikal terhadap akibat, risiko dan prestasinya. Hal ini melibatkan standard baharu bagi pendedahan tentang pelbagai perkara yang lebih meluas, yang ditubuhkan pada tahun 2023 oleh GISTM, GRI, Arahan Pelaporan Kemampanan Korporat EU (CSRD) dan projek-projek lain.
Hasil daripada ketelusan, pihak berkepentingan akan memperoleh maklumat yang lebih baik termasuk pengurusan risiko kolaboratif dan reka bentuk bersama. Walaupun sesetengah syarikat mungkin pada mulanya berasa sensitif terhadap pendedahan yang berlaku, barangkali disebabkan oleh amalan yang tidak sempurna, syarikat dijangka akan dapat menyesuaikan diri dengan jangkaan baharu ini.