Untuk tujuan notis data peribadi ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” akan mempunyai maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”). Rujukan kepada “Bursa” dan “kami” merangkumi Bursa Malaysia Berhad dan syarikat-syarikat berkaitan Bursa Malaysia Berhad.
01
Notis data peribadi ini bertujuan untuk memaklumkan anda bagaimana data peribadi anda yang diperolehi dari laman web ini diproses oleh atau bagi pihak Bursa.
02
Data peribadi anda yang diproses oleh kami termasuk nama, Nombor Kad Pengenalan atau data lain untuk menentukan identiti, maklumat perhubungan, alamat e-mel, nama pengguna, kata laluan, perkhidmatan yang berkaitan yang diberikan kepada anda dan apa-apa data peribadi lain yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 3 di bawah.
03
Data peribadi anda bakal digunakan untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan”):
- Untuk berkomunikasi dengan anda;
- Untuk membolehkan kami melaksanakan semua obligasi kontrak;
- Untuk mendapatkan maklumbalas dan/atau membolehkan penyelesaian/resolusi untuk sebarang pertanyaan atau aduan;
- Untuk melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti pendidikan pelaburan dan pasaran modal;
- Untuk menguruskan penyertaan anda dalam program, peraduan, kempen dan acara yang serupa yang dianjurkan oleh kami dan untuk mengenal pasti anda sekiranya anda menjadi pemenang (termasuk menerbitkan nama anda dan empat digit terakhir nombor Kad Pengenalan);
- Untuk menimbang preferensi dan profil individu-individu dan memadankan/menyesuaikan perkhidmatan atau aktiviti-aktiviti pemasaran kami;
- Untuk menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada “data mining” dan analisis kegunaan anda apabila mengakses laman web ini;
- Untuk memberikan maklumat berkenaan produk-produk dan perkhidmatan kami serta pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda;
- Untuk menjalankan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah, kesalahan, pelanggaran undang-undang dan/atau aturan-aturan;
- Untuk memenuhi sebarang arahan, undang-undang, perintah mahkamah, sepina, permintaan kerajaan atau proses undang-undang yang lain; dan
- Untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan, berkaitan dengan atau berlanjutan daripada Tujuan yang dinyatakan di atas.
04
Konsisten dengan pilihan yang anda buat apabila memberikan kami data peribadi anda, data peribadi anda bakal digunakan oleh Bursa atau pihak ketiga termasuk peserta pasaran dan rakan-rakan kongsi perniagaan (“Pengkhidmat Pihak Ketiga”) untuk menyediakan anda dengan maklumat berkenaan produk-produk kami serta pihak ketiga, perkhidmatan, tawaran khas dan promosi melalui pelbagai cara termasuk e-mel. Anda boleh pada bila-bila masa, mengarah Bursa untuk memberhenti berkongsi data peribadi anda dengan Pengkhidmat Pihak Ketiga dan/atau memberhenti menggunakan data peribadi anda untuk memberi anda maklumat, tawaran khas atau promosi dengan menghentikan subskripsi anda melalui e-mel atau dengan menghubungi pihak yang tertera di perenggan 5 di bawah.
05
Anda boleh mengakses dan meminta untuk pembetulan data peribadi anda. Sila hubungi kami melalui pos, telefon, faks atau e-mel seperti yang diberikan di bawah sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda:
Perjawatan orang yang boleh dihubungi:
Manager, Bursa 2U
Alamat Pos:
Bursa 2U
Exchange Square Bukit Kewangan,
50200 Kuala Lumpur.
No. Faks:
(603) 2026 4122
Selaras dengan APDP:
- Kami mungkin mengenakan bayaran untuk memproses permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda; dan
- Kami boleh menolak permintaan anda untuk akses atau pembetulan data peribadi anda.
06
Data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada:
- syarikat induk, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan dan/atau bersekutu kami;
- pemegang-pemegang lesen, penganjur acara bersama, rakan-rakan kongsi perniagaan dan pemberi khidmat kami;
- Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Polis Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, pihak berkuasa penyeliaan, agensi kerajaan atau pihak berkuasa lain yang berkaitan atau instrumen kerajaan;
- Mana-mana pihak kepada mana kami ada obligasi untuk menzahirkan data peribadi anda di bawah undang-undang atau selaras dengan arahan atau garispanduan yang dikeluarkan oleh badan-badan kawal selia atau pihak berkuasa yang Bursa and anak-anak syarikatnya perlu mematuhi.
- Juruaudit, firma-firma atau entiti-entiti profesional,
- Mana-mana pihak lain yang berkenaan dengan perniagaan dan fungsi Bursa Malaysia,
walaupun mana-mana pihak mungkin berada di luar Malaysia, atau dizahirkan untuk apa-apa Tujuan yang dinyatakan di atas atau apa-apa tujuan yang baginya data peribadi anda hendak dizahirkan pada masa pengumpulannya atau apa-apa tujuan lain yang berhubungan secara langsung dengan mana-mana Tujuan yang dinyatakan di atas atau di mana penzahiran diperlukan atau dibenarkan di bawah undang-undang atau perintah mahkamah.
07
Sekiranya tidak dinyatakan sebaliknya oleh kami pada masa pengumpulan data peribadi, adalah wajib bahawa anda membekalkan kami dengan data peribadi yang diminta oleh kami.
08
Sekiranya anda gagal untuk membekalkan data peribadi yang dinyatakan di atas, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda bagi mana-mana Tujuan yang dinyatakan di atas.
09
Data peribadi anda mungkin akan dihantar atau dipindahkan ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.
10
Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Malaysia notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
11
Notis data peribadi ini mungkin disemak semula dari semasa ke semasa oleh Bursa. Notis data peribadi yang dipinda akan dipaparkan di laman web ini dan/atau dengan apa-apa cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh Bursa.
Dengan membekalkan data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini, membenarkan pemprosesan data peribadi anda selaras the segala yang dinyatakan di atas.