Senarai semak soalan untuk anda tanya kepada bank/pemberi pinjam wang anda
Anda patut tahu semua terma dan syarat sebelum anda memohon untuk mendapatkan pinjaman. Berikut ialah satu ringkasan senarai semak soalan-soalan yang anda patut tanya kepada bank/pemberi pinjam wang anda.
-
Apakah kadar faedah setahun jika saya ambil satu pinjaman untuk tempoh X tahun?
ika mereka menyebut nombor yang kecil seperti 1.5%, pastikan anda tanya sama ada itu kadar faedah sebulan atau setahun. Ingat: 1.5% setiap bulan maksudnya 18% faedah setiap tahun.Jadi, kalau anda nak ambil pinjaman peribadi untuk membayar hutang kad kredit, itu idea yang sangat buruk!
Mengikut undang-undang, pemberi pinjam wang berlesen tidak boleh mengenakan faedah lebih daripada 12% setahun jika cagaran diberikan, dan tidak lebih 18% untuk pinjaman tanpa cagaran (pinjaman tanpa memberi apa-apa sandaran atau cagaran) (Sumber: Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Bahagian V, 17(a))
-
Berapa kos keseluruhan faedah pinjaman ini?
-
Berapa jumlah yang saya perlu bayar setiap bulan?
Pastikan anda boleh membuat pembayaran bulanan tersebut.
-
Apakah caj jika saya langsaikan pinjaman lebih awal (juga dikenali sebagai penalti bayaran terdahulu)?
-
Bagaimana kadar faedah akan bertambah jika saya tak buat bayaran bulanan? Adakah terdapat penalti lain yang dikenakan?
Perbelanjaan bulanan kita kadang-kadang tak dapat dijangka, dan kita mungkin terlepas satu atau dua bayaran bulanan. Tanya sama ada kadar faedah anda akan bertambah dan apa kadar penalti atau caj pembayaran lewat yang akan dikenakan
Jika pihak bank/pemberi pinjam wang tidak memberi jawapan yang jelas kepada soalan-soalan ini atau mereka mendesak anda untuk membuat permohonan terlebih dahulu, anda patut anggap ini sesuatu yang mencurigakan. Mereka mungkin pemberi pinjam wang yang tidak boleh dipercayai dan dikhuatiri anda mungkin akan terjerat dalam satu perangkap kewangan.
Pastikan anda berurusan dengan pemberi pinjam wang yang berlesen
Kadang-kadang susah juga kita nak tahu yang mana peminjam wang berlesen dan yang mana tidak berlesen.
Ada pemberi pinjam wang yang berpura-pura memiliki lesen walaupun sebenarnya mereka tiada lesen – jadi berwaspadalah!
Jika anda mencari pinjaman di internet atau berbual melalui Whatsapp dengan seseorang yang menawarkan pinjaman peribadi kepada anda, tolong amalkan sikap yang sangat berhati-hati!
Seperti kebanyakan orang di Malaysia, anda mungkin pernah mendengar atau membaca kisah-kisah menakutkan tentang orang yang pernah menjadi mangsa lintah darat dan kaedah operasi mereka yang mencurigakan. Sebab itulah amat penting untuk anda lakukan kajian tentang pemberi pinjam wang yang anda pilih sebelum anda teruskan niat untuk meminjam duit daripada mereka. Pastikan anda sentiasa baca cetak halus terma dan syarat pinjaman, dan ambillah masa yang anda perlukan sebelum menandatangani apa-apa dokumen (jangan biarkan orang lain memberi tekanan kepada anda tentang hal ini!).
Contoh di bawah menunjukkan rupa lesen yang kelihatan seperti lesen asli yang dikeluarkan oleh Bank Negara tetapi sebenarnya PALSU:
Jangan ambil risiko. Jika anda ada sebarang keraguan atau pertanyaan tentang kesahan mana-mana pemberi pinjam wang,hubungi Bank Negara.Anda boleh dapatkan pengesahan daripada mereka bahawa anda sedang berurusan dengan pemberi pinjam wang yang berdaftar dan mempunyai lesen yang sah:
BNMTELELINK (Pusat Hubungan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
Untuk membuat sebarang pertanyaan atau aduan, taip 15888
BNM TANYA