Berlandaskan prinsip Shariah, Takaful memberikan perlindungan kewangan jika sesuatu yang tak diingini berlaku kepada anda. Dalam sebuah Takaful, anda memasuki perjanjian (aqad) untuk menjadi salah seorang peserta bagi dana Takaful yang sama . Himpunan wang yang dicarum oleh para peserta dana dikongsi untuk memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.
Sebuah dana Takaful ialah himpunan wang yang turut meliputi wang caruman yang anda bayar. Wang itulah yang akan digunakan untuk membayar tuntutan yang anda buat. Selalunya, wang yang ada dalam dana Takaful akan dilaburkan dalam dana pelaburan yang patuh Shariah.
Caruman
Caruman Takaful ialah wang yang anda bayar setiap bulan, setiap suku tahun atau setiap tahun kepada pengendali Takaful untuk sijil Takaful anda. Caruman yang anda buat akan menyumbang kepada dana Takaful sebagai sebahagian daripada caruman sukarela anda (Tabarru’).
Tuntutan
Tuntutan ialah permintaan yang anda buat secara rasmi kepada pengendali Takaful atau insurans untuk menanggung kos jika anda mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan yang dilindungi di bawah pelan anda. Pada penghujung tempoh perlindungan pelan Takaful anda, kalau anda atau peserta lain tidak membuat tuntutan, dan kalau masih ada wang lebihan di dalam dana setelah fi pengendali dibayar kepada pengendali Takaful anda, maka anda dan peserta lain akan menerima bayaran wang daripada dana tersebut.
Wang lebihan ini dikongsi selepas mengambil kira kemungkinan tuntutan pada masa hadapan dan keperluan lain. Bayaran akan diagihkan kepada peserta dana yang layak dan pengendali Takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui dalam terma perjanjian sijil Takaful anda. Atas persetujuan peserta, Pengendali Takaful juga menerima sebahagian daripada wang lebihan ini sebagai ganjaran atas pencapaiannya atau prestasinya yang baik dalam menguruskan dana Takaful.
Perkongsian Risiko
Dalam sebuah sijil Takaful, risiko, iaitu kemungkinan sesuatu yang buruk berlaku kepada anda[1]dikongsi oleh semua peserta dana. Jadi, apabila anda membuat tuntutan, bayaran untuk tuntutan itu dikongsi oleh anda dan peserta lain dalam dana Takaful tersebut. Kalau anda tak buat apa-apa tuntutan, anda mungkin akan menerima baki wang setelah fi dan tuntutan lain dibayar, dan jika dana ada menjana keuntungan. Keuntungan ini datang daripada pelaburan yang dibuat oleh dana, seperti yang disebut dalam bahagian pengenalan Bagaimana Takaful berfungsi?
Kadang-kadang, walaupun anda tak buat sebarang tuntutan, mungkin tak ada baki wang dalam dana untuk dibayar balik kepada anda, kerana ada peserta lain yang telah membuat tuntutan.
Bagi insurans konvensional, perjanjian polisi hanya melibatkan anda dan syarikat insurans anda saja. Risiko anda dipindahkan kepada syarikat insurans yang akan bertanggungjawab memberi anda perlindungan yang anda perlukan.
Apa perbezaan antara Takaful dan insurans konvensional?
Takaful
|
Insurans Konvensional
|
Risiko dikongsi oleh semua peserta dana takaful. Syarikat Takaful memainkan peranan sebagai “pengendali/pentadbir” dan mengenakan fi pengendali.
|
Risiko dipindahkan daripada anda kepada syarikat insurans.
|
Dana hanya dilaburkan dalam pelaburan yang patuh Shariah sahaja. Instrumen yang berasaskan riba (faedah) tidak dibenarkan (haram).
|
Pelaburan bergantung kepada syarikat insurans dan mungkin mengandungi unsur faedah, ketidakpastian dan risiko.Pelaburan bergantung kepada syarikat insurans dan mungkin mengandungi unsur faedah, ketidakpastian dan risiko.
|
Takaful dimantau oleh jawatan kuasa Shariah.Pengendalian Takaful diselia oleh sebuah Jawatankuasa Shariah.
|
Pengawasan kepatuhan Shariah tidak diperlukan
|
Kalau tiada tuntutan, keuntungan atau lebihan daripada dana boleh diagihkan balik kepada anda dalam bentuk perkongsian lebihan.
|
Sekiranya tiada tuntutan, lebihan atau keuntungan dana insurans menjadi milik syarikat insurans.*
|
Rasa macam bijak tak?
*Ini terpakai untuk kebanyakan polisi insurans konvensional. Sebenarnya terdapat dua jenis polisi insurans konvensional - polisi berpenyertaan atau tidak berpenyertaan. Polisi insurans tidak berpenyertaan adalah polisi insurans hayat yang tidak melayakkan anda menerima keuntungan yang diperoleh oleh syarikat insurans. Polisi berpenyertaan pula melayakkan anda menerima dividen yang diperoleh oleh insurans tersebut hasil daripada pelaburan. Namun, pulangan seperti yang dinyatakan ini tidak dijamin.
Walaupun terdapat perbezaan antara insurans Takaful dan insurans konvensional, anda harus sedar bahawa kedua-dua jenis insurans memberikan anda perlindungan dan juga simpanan.Walaupun terdapat perbezaan antara insurans Takaful dan konvensional, kedua-duanya memberi anda perlindungan dan juga simpanan.