Menurut KWSP, anda patut ada sekurang-kurangnya sebanyak RM1,000 sebulan selepas persaraan pada usia 55 tahun hingga 75 tahun. Maksudnya, apabila anda bersara pada usia 55 tahun, anda patut ada sekurang-kurangnya RM240,000, tapi ini harus diambil sebagai jumlah paling minimum yang anda akan perlukan untuk persaraan anda!
Ini garis panduan yang disediakan oleh mereka (Anda boleh semak jumlah yang anda ada dalam Akaun 1 untuk menilai sama ada anda akan mampu untuk mencapai jumlah Simpanan Asas KWSP):
Semak jadual di bawah untuk melihat berapa banyak jumlah yang anda patut simpan pada setiap peringkat umur, bagi memastikan yang anda akan mempunyai simpanan yang cukup apabila bersara kelak:
Adakah jumlah RM240,000 pada usia 55 cukup untuk kita bersara? Mungkin anda akan perlukan lebih daripada itu. Pendapatan yang selesa untuk persaraan anda mungkin lebih hampir kepada RM2,700 sebulan atau lebih kurang RM568,000 apabila anda bersara pada usia 55 tahun
around RM568,000 when you retire at age 55 (Ini berdasarkan tanggapan bahawa kadar inflasi kekal pada 2% dan anda mendapat pulangan sebanyak 5% untuk simpanan persaraan anda).
Ingat, ini cuma panduan untuk anda menilai kedudukan anda dari segi jumlah simpanan. Jadi, walaupun anda mungkin belum mencapai jumlah yang sepatutnya, anda harus berusaha dengan gigih untuk menyimpan supaya anda dapat mencapai sasaran ini.
Kesempatan yang ada untuk mencarum secara sukarela dalam KWSP patut dimanfaatkan untuk membantu anda mencapai sasaran jumlah simpanan.