Bursa Malaysia
Bursa Marketplace
Bursa Anywhere
Bursa Academy
Bursa Sustain
Bursa 2U
BM
Halaman
Pasaran
BON
Ekuiti
Derivatif
EkuitiI Islam
Funds
Belajar
Pandangan
Pusat Pengetahuan
Kemampuan
Cawangan Produk
Alert Pelabur
shares2share
proramme eksekutif
Berita
Acara
Simulator
Simulator Ekuiti
Simulator Derivatif
Others
ESG
Perantara
Folder Saya 
Daftar  
Login Masuk  
BM
Bursa Malaysia Icon
Bursa Malaysia
Bursa Marketplace Icon
Bursa Marketplace
Bursa Anywhere Icon
Bursa Anywhere
Bursa Academy Icon
Bursa Academy
Bursa Sustain Icon
Bursa Sustain
Contact Us Icon
Bursa 2U
English (UK)
Bahasa Malaysia
简体中文
Bursa Academy brings you Bursa Quiz 2022.
Play and Win
PLAY NOW
Learn > Kemampuan > Kadar Faedah Efektif (EIR)

Kadar Faedah Efektif (EIR)


Kita semua tahu apa itu kadar faedah. Bagi simpanan, kadar faedah merujuk kepada berapa banyak yang pihak bank bayar kepada anda untuk meletakkan duit anda ke dalam sebuah akaun simpanan. Untuk pinjaman, kadar faedah merujuk kepada berapa banyak caj yang dikenakan oleh bank terhadap anda untuk wang yang anda pinjam daripadanya.

Tapi sebenarnya pinjaman yang berlainan mempunyai jenis kadar faedah yang berbeza-beza dan keadah pengiraan jumlah bayaran faedah juga tidak sama. Sebagai contoh, kadar faedah tahunan rata sebanyak 2% tidak sama dengan kadar faedah baki berkurangan (Apa tu? Ketahui lebih lanjut di bawah) sebanyak 2%.

Jadi, untuk perbandingan kos sebuah pinjaman secara konsisten, cari Kadar Faedah Efektif (EIR) atau Kadar Keuntungan Efektif (untuk pinjaman patuh Syariah).

Guide
 
 

Infografik

PERKARA YANG KITA PATUT TAHU
 
 

Kadar faedah rata dan kadar faedah baki berkurangan

Secara amnya terdapat dua jenis kadar faedah – kadar faedah rata (jangan keliru dengan kadar faedah tetap) dan kadar faedah baki berkurangan.

Kadar Faedah Rata

Satu kadar faedah rata dikira berdasarkan jumlah asal yang anda pinjam (atau prinsipal).

Sebagai contoh, jika anda mengambil satu pinjaman 5 tahun sebanyak RM1,000 pada kadar faedah rata sebanyak 4% setahun, anda akan membayar faedah sebanyak RM40 (iaitu 4% daripada RM1,000) setiap tahun untuk tempoh 5 tahun. Secara keseluruhannya, anda akan membayar RM200 sebagai bayaran faedah.

Oleh itu, jumlah faedah yang anda perlu bayar akan kekal sama, tidak kira berapa jumlah prinsipal yang anda bayar balik.

Di sini, kadar EIR ialah 7.42% (berbanding dengan kadar faedah rata 4% yang diberi).

Kadar faedah cara ini digunakan untuk pinjaman peribadi dan pinjaman kenderaan/sewa beli.

Kadar faedah baki berkurangan

Sebaliknya, kadar faedah baki berkurangan dikira mengikut baki pinjaman yang masih tertunggak atau yang tinggal, iaitu jumlah asal yang dipinjam (prinsipal) tolak jumlah yang sudah dibayar balik.

Sebagai contoh, anda ambil pinjaman 5 tahun sebanyak RM1,000 pada kadar faedah baki berkurangan 4% setahun dan membuat bayaran balik bulanan. Anda akan membuat bayaran balik dan mengurangkan baki prinsipal setiap bulan, jadi jumlah faedah yang anda akan bayar juga akan berkurangan. Secara keseluruhan (selepas tempoh 5 tahun) anda akan membayar RM105 sebagai bayaran faedah..

Perhatikan bahawa RM105 ialah lebih kurang separuh daripada faedah sebanyak RM200 untuk pinjaman kadar faedah rata 4% setahun.

Di sini EIR anda ialah 4% (sama dengan kadar baki berkurangan 4% yang diberi).

Kadar faedah cara ini paling lazim digunakan untuk pinjaman perumahan.

 
 

Penukaran satu kadar faedah rata kepada satu Kadar Faedah Efektif (EIR)

Kami tidak akan membuat anda bosan dengan memberi formula untuk penukaran kadar faedah rata kepada satu EIR, tapi secara umumnya, EIR bagi satu kadar rata sebenarnya lebih kurang 2 kali kadar faedah rata yang diiklankan.

Jika anda ingin mendapatkan satu anggaran kasar EIR bagi satu pinjaman kadar faedah rata, anda boleh darabkan saja dengan 2. Jadi untuk satu kadar faedah rata 3% setahun, EIR baginya ialah lebih kurang 6% setahun.

Mengapa ini penting? Katakan anda sedang cuba membuat keputusan sama ada nak dapatkan satu kad kredit atau satu pinjaman peribadi. Anda boleh bandingkan EIR antara kedua-duanya untuk melihat yang mana sebenarnya pilihan yang lebih baik.

Sebagai contoh, jika kadar pinjaman peribadi ialah sebanyak 12% setahun, ini bermakna EIR pinjaman itu lebih kurang 24%! Jika EIR satu kad kredit ialah 18%, anda akan dapati bahawa kad kredit mungkin pilihan yang lebih baik. Memandangkan faedah suatu kad kredit berkurangan apabila baki dibayar (memang ia jenis faedah baki berkurangan), anda mungkin akan membayar faedah kurang daripada 18% jika anda membayar keseluruhan jumlah pinjaman dalam tempoh 1 tahun.

Untuk pengiraan yang lebih tepat, gunakan kalkulator EIR.

 
 

Nasihat berguna

  • Macam mana saya nak cari apa EIR sebuah pinjaman?

Anda boleh dapatkan maklumat ini dalam cetakan halus Lembaran Pendedahan Produk atau dalam laman pinjaman itu. Kadangkala maklumat ini mungkin susah untuk dicari atau ia memang tidak ada dipamerkan di mana-mana. Dalam kes ini, hubungi pemberi pinjaman dan minta padanya!

  • Macam mana saya nak minimumkan kos keseluruhan pinjaman saya?

    • Kadar faedah rata

Untuk kadar faedah rata, apabila anda sudah setuju dengan tempoh pinjaman (contohnya 3, 5, 6 tahun), anda perlu membayar faedah untuk seluruh tempoh pinjaman. Walaupun anda dah bayar pinjaman itu sepenuhnya lebih awal!

Selain daripada itu, anda juga mungkin juga perlu membayar fi penalti kerana membuat pembayaran awal.

Untuk menjimatkan kos satu pinjaman dengan kadar faedah rata (contohnya pinjaman kenderaan, pinjaman sewa beli atau pinjaman peribadi), cuba dapatkan pinjaman untuk tempoh yang lebih pendek tetapi dengan kadar bayaran balik bulanan yang masih mampu anda bayar. Dan buatlah pembayaran bulanan tepat pada masanya untuk mengelakkan daripada dikenakan penalti pembayaran awal mahupun pembayaran lewat.

    • Pinjaman kadar faedah baki berkurangan

Bagi pinjaman kadar faedah baki berkurangan, anda boleh menjimatkan bayaran faedah dengan membuat bayaran balik awal. Kalau anda ada duit lebih, anda boleh buat bayaran balik sekali sahaja untuk kurangkan lagi jumlah prinsipal. Ini akan mengurangkan faedah yang anda bayar.Tapi sebelum itu, anda perlu semak sama ada pilihan ini dibenarkan oleh pemberi pinjaman anda.

Kalkulator

Gunakan kalkulator ini untuk mengira kadar faedah EIR pinjaman anda berdasarkan kadar faedah yang diiklankan.

Kuiz: Kadar Faedah Rata atau Kadar Faedah Efektif

Sumber: MULTIPLY | Diterbitkan: Disember 2020

Tambah ke Folder Saya Hapus dari Folder Saya

DISYORKAN

Kandungan Pilihan Anda Telah Disimpan Di Sini

FOLDER SAYA

Untuk Menambah Penanda Lain Harap Daftarkan / Masuk

LOG-MASUK

OK

It seems that you have not completed "Introduction to Islamic Equities Market".

You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" before you may proceed to "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market".

You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" and "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market" before you may proceed to "Advancing Your Knowledge of Islamic Equities Market".

Enrol Now
Contact Us Personal Data Notice Terms & Conditions Help
Follow us
Copyright © Bursa Malaysia Berhad 197601004668 (30632-P). All rights reserved.
In support of
Related links
 
GlOSARI
Scroll Top

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pengalaman terbaik di Laman Web kami. Dengan terus menggunakan Laman Web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki untuk membantu kami memahami bagaimana anda menggunakan Laman Web ini. Anda boleh mengubah tetapan kuki melalui pelayar anda.