Tiga pertimbangan utama ialah:
1.Kadar faedah: Faedah yang dikenakan ke atas baki tertunggak kad atau baki yang dibawa ke hadapan daripada bulan sebelumnya
Perkara untuk dipertimbangkan
-
-
- Bank mana yang memberikan kadar terendah?
- Lihat juga bagaimana kadar bayaran meningkat dari masa ke masa jika anda tak membuat bayaran tepat pada masanya
2.Fi tahunan: Fi yang dikenakan setiap tahun
Perkara untuk dipertimbangkan
-
-
- Kad kredit mana yang TIADA FI?
- Kad kredit mana yang mengenakan FI TERENDAH?
- Ada tak pengenepian atau pengecualian (contohnya jika anda berbelanja lebih daripada jumlah tertentu)?
3.Ganjaran atau kelebihan: Kebanyakan kad kredit ada skim bonus seperti pulangan tunai, mata penerbangan percuma, mata bonus, keistimewaan, diskaun dan lain-lain
Perkara untuk dipertimbangkan
Cari kad yang memenuhi keperluan anda. Antara ganjaran/kelebihan yang ada termasuklah pulangan tunai (ada yang khusus untuk kedai tertentu), manfaat petrol, manfaat perjalanan, mata ganjaran
OtherPertimbangan lain apabila hendak memilih kad kredit:
Pengeluaran tunai: Perkhidmatan untuk mengeluarkan wang tunai di mesin ATM dengan menggunakan kad kredit. Cari bank yang tawarkan fi dan faedah terendah untuk pengeluaran tunai. Walau apa pun, jangan keluarkan tunai dengan kad kredit kecuali jika benar-benar perlu kerana kosnya sangat mahal!
Pelan bayaran mudah/fleksibel dan/atau pelan pendahuluan tunai: Sesetengah kad menawarkan skim bayaran balik dengan faedah yang rendah untuk pembelian besar yang menggunakan kad kredit (pelan bayaran mudah/fleksibel) dan sesetengahnya menawarkan pinjaman tunai (pelan pendahuluan tunai) yang akan dipindahkan ke akaun simpanan/semasa anda mengikut nilai had kredit kad anda yang sedia ada.
Untuk pelan seperti ini, pertimbangkan:
-
-
- Berapa fi pendahuluan?
- Bank mana yang memberikan kadar faedah terendah?
- Berapa jumlah minimum atau jumlah bayaran bulanan ansuran?
- Berapa lama tempoh ansuran? (Pastikan anda boleh membayar balik pinjaman dalam tempoh ini)