Ada dua jenis produk insurans hayat (jangan keliru pula!):
- Produk insurans hayat sementaraproducts last for fixed periods (5-40 years).untuk satu tempoh yang telah ditetapkan (5-40 tahun). Tapi kalau sesuatu terjadi kepada anda hanya setelah tamat tempoh polisi tersebut, tanggungan anda tak akan menerima apa-apa.
Kenapa produk ini mempunyai struktur sedemikian? Bayangkan seorang bapa yang mencari duit untuk menyara keluarganya. Beliau memerlukan perlindungan seperti ini untuk anak-anaknya selama tempoh lebih kurang 20 tahun, iaitu sehingga mereka dewasa dan boleh menanggung kehidupan mereka sendiri. Selepas itu, jika beliau tidak mempunyai tanggungan lain, beliau tak perlu lagi mempunyai insurans hayat.
Untuk insurans hayat sementara, tiada pembayaran tunai akan dibuat pada penghujung polisi jika ia tak digunakan if it isn’t used (berbanding insurans hayat seumur hidup yang menjanjikan pembayaran tunai – teruskan membaca untuk fahami dengan lebih lanjut!). Disebabkan insurans hayat sementara tiada elemen simpanan atau pelaburan yang terikat padanya, premium untuk polisi insurans hayat sementara adalah lebih rendah daripada polisi insurans seumur hidup!
Secara am, premium untuk polisi hayat sementara adalah dalam lingkungan RM300 ke RM600 setahun. Semakin berusia seseorang itu, semakin tinggi premium yang perlu dibayar.
- Produk seumur hidupkekal sehingga anda meninggal dunia, danpembayaran satu jumlah tertentu akan dibuat kepada ahli keluarga anda apabila anda meninggal dunia..
Satu polisi seumur hidup menggabungkan polisi insurans dengan satu produk simpanan/pelaburan. . Sebahagian daripada premium yang anda bayar ialah untuk menanggung risiko anda meninggal secara tiba-tiba (bahagian insurans). Bahagian premium yang lain ialah untuk sejumlah wang yang akan diterima oleh tanggungan anda walaupun jika anda meninggal dunia secara semulajadi (elemen simpanan/pelaburan).
Premium untuk polisi seumur hidup biasanya lebih tinggi daripada polisi hayat sementara, iaitu dalam lingkungan RM1000 hingga RM4000 setahun.. Your premiums can range from RM1000 to RM4000 annually, depending on the sum you want to insure.
Satu lagi perbezaan antara polisi seumur hidup dengan polisi hayat sementara: oleh sebab polisi seumur hidup kekal untuk sepanjang hidup anda, premium yang anda bayar kekal sama walaupun usia anda semakin meningkat Dengan polisi hayat sementara, jika anda mahu memperbaharui polisi anda selepas ia tamat tempoh, anda perlu bayar premium yang lebih tinggi.