Bursa Malaysia
Bursa Marketplace
Bursa Anywhere
Bursa Academy
Bursa Sustain
Bursa 2U
BM
Halaman
Pasaran
BON
Ekuiti
Derivatif
EkuitiI Islam
Funds
Belajar
Pandangan
Pusat Pengetahuan
Kemampuan
Cawangan Produk
Alert Pelabur
shares2share
proramme eksekutif
Berita
Acara
Simulator
Simulator Ekuiti
Simulator Derivatif
Others
ESG
Perantara
Folder Saya 
Daftar  
Login Masuk  
BM
Bursa Malaysia Icon
Bursa Malaysia
Bursa Marketplace Icon
Bursa Marketplace
Bursa Anywhere Icon
Bursa Anywhere
Bursa Academy Icon
Bursa Academy
Bursa Sustain Icon
Bursa Sustain
Contact Us Icon
Bursa 2U
English (UK)
Bahasa Malaysia
简体中文
Bursa Academy brings you Bursa Quiz 2022.
Play and Win
PLAY NOW
Learn > Kemampuan > Apa Perlu Dipertimbangkan Bila Membeli Insurans?

Apa Perlu Dipertimbangkan Bila Membeli Insurans?


Sumber: BURSA | Diterbitkan: Februari 2021

Tambah ke Folder Saya Hapus dari Folder Saya

Insurans ialah produk yang dibayar oleh anda untuk memberikan perlindungan jika berlaku perkara-perkara di luar jangkaan. Jenis insurans yang paling biasa ialah insurans perubatan, insurans hayat, insurans motor, dan insurans rumah. Keperluan anda mungkin berubah bila usia anda meningkat, jadi anda mungkin perlu beli insurans yang berlainan pada peringkat kehidupan yang berbeza-beza.

Guide
 
 

Ringkasan

  • Produk insurans mana yang anda perlukan?

  • Perkara penting yang anda harus ingat apabila membeli insurans

  • Apa ‘helah’ yang saya patut sedar?

  • Menggunakan Ejen Insurans Atau Broker

  • Sumber tambahan

APA PERLU DIPERTIMBANGKAN BILA MEMBELI INSURANS?
 
 

Produk insurans mana yang anda perlukan?

Anda mungkin tak perlu kesemua produk insurans yang ditawarkan, lagipun tentu mahal kalau nak kena bayar banyak premium insurans. Jadi, pilih insurans yang anda betul-betul perlu mengikut situasi anda.

Ini gambaran keseluruhan tentang pelbagai jenis produk insurans yang ada:

Klik di sini untuk melihat jadual yang mengandungi maklumat tentang semua jenis dan kegunaan produk insurans yang ada dalam pasaran.

 

Insurans Hayat Sementara

Insurans Hayat Seumur Hidup

Insurans Penyakit kritikal

Insurans Perubatan

Insurans Kenderaan

Insurans Harta

Perjalanan

Tujuan

Penggantian pendapatan yang dijangkakan jika pemegang polisi meninggal dunia Penggantian pendapatan yang dijangkakan jika pemegang polisi meninggal dunia, dan cara memindahkan harta Perlindungan untuk penyakit kritikal, hilang upaya menyeluruh & kekal, atau kematian Perlindungan untuk rawatan perubatan Perlindungan untuk kemalangan melibatkan kenderaan dan tuntutan pihak ketiga Perlindungan untuk kecurian atau kerosakan rumah Kecederaan dan kematian semasa dalam perjalanan, dan perubahan jadual perjalanan yang di luar kawalan

Perlindungan

Kehilangan pendapatan yang dijangkakan Kehilangan pendapatan yang dijangkakan; pembayaran balik bersamaan dengan premium yang dibayar. Kehilangan pendapatan yang dijangkakan Pembedahan dan rawatan di hospital (termasuk hospital kerajaan); penyakit kritikal; penjagaan jangka panjang Kecurian dan kebakaran; harta, kecederaan diri dan kematian dalam kenderaan sendiri; harta, kecederaan diri dan kematian pihak ketiga Kecurian perabot dan harta benda; kerosakan disebabkan oleh kebakaran dan cuaca buruk Manfaat kematian; pembedahan dan rawatan di hospital; perubahan jadual perjalanan

Sesuai untuk

Individu yang bekerja, ibu bapa/penjaga Individu yang bekerja Individu yang bekerja, individu yang berkeluarga Semua Pemilik kereta dan ahli keluarga Pemilik rumah Pengembara/pelancong dan ahli Keluarga

Faktor yang mempengaruhi jumlah Premium

Umur; keadaan semasa; perlindungan berbanding dengan pendapatan sedia ada; bilangan tanggungan Umur; keadaan semasa; perlindungan berbanding dengan pendapatan sedia ada; bilangan tanggungan Umur; jantina; perokok/bukan perokok; pembayaran balik insurans yang dijangkakan Umur; keadaan sedia ada; faktor gaya hidup; sejarah perubatan dan tuntutan sebelumnya; sama ada secara tunai atau pembayaran ganti Nilai kenderaan; pengalaman memandu pemegang polisi; sejarah kemalangan dan tuntutan sebelumnya Nilai harta; nilai perabot; rumah yang kalis api; tuntutan sebelumnya Lokasi perjalanan; tempoh perjalanan

Panjang Tempoh

5-40 tahun daripada tarikh pembelian 5-40 tahun daripada tarikh pembelian Seumur hidup Sehingga umur 85-100 atau seumur hidup Seumur hidup, atau penyakit/umur yang dinyatakan 1 tahun 1 tahun Tempoh perjalanan, sehingga 1 tahun

Bagaimana untuk beli

Ejen, broker, dalam talian Ejen, broker Ejen, broker, dalam talian Ejen, broker, dalam talian Ejen, broker, dalam talian Ejen, broker, dalam talian Ejen, broker, dalam talian

Muat turun di sini

  • Insurans perubatan
  • Insurans perubatan menyediakan perlindungan untuk kos rawatan perubatan di hospital swasta. Kebanyakan daripada kita mungkin tak mampu untuk menanggung kos tersebut tanpa perlindungan insurans. Lebih baik dapatkan insurans perubatan semasa anda masih muda, tanpa ada apa-apa masalah perubatan atau sejarah perubatan yang mungkin boleh menghalang anda daripada mendapat perlindungan. Bacalah artikel kami tentang Insurans Perubatan untuk dapatkan maklumat lanjut dan panduan memilih insurans perubatan yang sesuai untuk anda.

  • Insurans hayat
  • Insurans hayat menyediakan sejumlah wang untuk tanggungan anda (seperti anak-anak dan pasangan anda) apabila anda meninggal dunia atau jika anda hilang upaya kekal. Insurans jenis ini penting untuk anda pertimbangkan jika anda mempunyai keluarga atau merancang untuk berkeluarga.Baca artikel kami tentangBaca artikel kami tentang Insurans Hayat untuk maklumat lanjut dan panduan memilih insurans hayat yang sesuai untuk anda.

  • Insurans Motor
  • Insurans motor menyediakan perlindungan untuk kos membaiki kenderaan anda jika rosak dalam kemalangan, atau kos membaiki kenderaan lain yang rosak disebabkan oleh anda. Premium insurans ini biasanya dibayar untuk tempoh setahun bila anda memperbaharui cukai jalan, dan jumlahnya dikira mengikut nilai kenderaan anda.Baca artikel kami tentangBaca artikel kami tentang Insurans Motor untuk maklumat lanjut dan panduan memilih insurans motor yang sesuai untuk anda.

  • Terdapat juga jenis-jenis insurans lain yang anda mungkin tak perlukan sekarang, tapi anda patut peka tentangnya, kalau-kalau anda mungkin memerlukannya nanti.
    • Insurans kebakaranialah sejenisinsurans rumahyang melindungi rumah anda daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perkara yang tak dijangka seperti kebakaran, panahan petir, atau letupan gas. Rumah anda boleh jadi pelaburan terbesar anda, jadi memang wajarlah ia diinsuranskan.

    • Insurans kemalangan dirimenyediakan perlindungan apabila anda cedera, meninggal dunia atau hilang upaya kekal disebabkan oleh kemalangan. Insurans ini sesuai untuk mereka yang terlibat dalam kerja-kerja manual atau pengendalian mesin, terutamanya jika mereka mempunyai tanggungan. Anda patut semak sama ada majikan anda menyediakan insurans kemalangan diri untuk anda.

    • Insurans perjalananmenyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan dan kerugian yang berlaku semasa dalam perjalanan. Kos untuk membeli insurans perjalanan tak mahal, jadi pastikan anda mendapatkan perlindungan setiap kali anda merancang perjalanan ke luar negara. Anda boleh beli insurans perjalanan melalui ejen pelancongan anda atau secara online.

 
 

Perkara penting yang anda harus ingat apabila membeli insurans

  • Kenal pasti perlindungan apa sebenarnya yang anda perlukan dan bandingkan dengan apa sebenarnya yang dilindungi oleh polisi insurans anda. Jangan terlebih atau terkurang perlindungan.

  • Sentiasa semak pengecualian, iaitu perkara-perkara yang TAK dilindungi oleh polisi anda.

  • Bayar premium anda tepat pada masanya dan patuhi segala terma dan syarat polisi anda. Jika tidak, polisi anda mungkin boleh dianggap tidak sah apabila anda perlukannya.

  • Ambil tahu prosedur tuntutan supaya anda dapat bertindak segera jika berlaku apa-apa yang tak dijangka.

 
 

Apa ‘helah’ yang saya patut sedar?

  • Semua polisi insurans meletakkan had jumlah yang anda boleh tuntut. Bagi insurans hayat dan insurans perubatan, ia dipanggilhad tuntutan tahunandanhad tuntutan seumur hidup(sepanjang tempoh polisi). Anda boleh dapatkan insurans perubatan dengan jumlah perlindungan seumur hidup yang banyak, tetapi ia tak bermanfaat kalau anda mengalami kemalangan teruk dan mendapati anda mempunyai had tuntutan tahunan yang kecil!
  • Had tahunan dan had seumur hidup seperti yang tertera dalam risalah penyedia insurans
     
    “Had Tahunan akan meningkat sebanyak 5% daripada Had Tahunan Permulaan setiap 2 tahun, bermula dari tahun ke-5, untuk 15 tahun akan datang”
     
    “Polisi ini tidak mempunyai Had Seumur Hidup, dan Had Tahunannya sehingga RM2 juta!”
  • Kebanyakan polisi, terutamanya polisi insurans perubatan dan polisi insurans kenderaan, juga mempunyai jumlah deduktibel (juga disebut ‘aturan bayaran bersama’ atau ‘jumlah lebihan’). Maksudnya, anda masih perlu bayar suatu jumlah tertentu apabila anda membaiki kereta atau mendapat rawatan, dan syarikat insurans akan menanggung kos selebihnya.
  • Jumlah deduktibel seperti yang tertera dalam risalah penyedia insurans
     
    “Anda perlu menanggung 2% pertama jumlah yang diinsuranskan atau RM400 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap tuntutan yang timbul daripada satu transit bagi setiap tuntutan belum bayar”
     
    “Kami mempunyai hak untuk memotong RM400 sebagai Lebihan Wajib jika orang yang memandu kereta semasa kejadian tidak dinamakan dalam polisi sebagai Pemandu Yang Dinamakan”
  • Akhir sekali,fasal pengecualianmenerangkan perkara-perkara yang tak dilindungi oleh syarikat insurans di bawah polisi. Contohnya, kebanyakan polisi insurans perubatan tak menanggung kos bersalin dan penjagaan ibu baru bersalin.
  • Fasal pengecualian seperti yang tertera dalam risalah penyedia insurans
     
    “Pengecualian umum termasuk alkoholisme, ketagihan dan/atau mabuk yang disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol atau penggunaan narkotik atau dadah halusinogenik”
     
    “Rawatan uji kaji, termasuk prosedur terapi yang kebolehpercayaannya belum diiktiraf oleh komuniti perubatan antarabangsa”
     
    “Terdapat insiden kekacauan awam di Hong Kong. Kami akan menganggap tuntutan yang timbul daripada kekacauan tersebut bagi polisi insurans perjalanan yang dibeli selepas 14 Ogos sebagai “peristiwa yang diketahui”, dan oleh itu ia tidak akan dilindungi.
 
 

Menggunakan Ejen Insurans Atau Broker

Ramai orang memilih syarikat insurans berdasarkan tip daripada kawan-kawan - yang sebahagiannya juga ejen insurans! Anda boleh saja anggap mereka sebagai kawan, tapi pastikan anda pilih ejen/broker insurans dengan berhati-hati!

Di Malaysia, semua ejen insurans hayat hanya boleh menjual produk untuk 1 syarikat insurans saja; manakala ejen bukan insurans hayat boleh menjual produk untuk maksimum 2 syarikat insurans saja.

Sebaliknya, broker insurans mewakili diri anda dan mereka boleh mengumpul maklumat produk insurans daripada pelbagai syarikat insurans yang berlainan untuk anda. Anda boleh pilih produk insurans yang sesuai dengan bajet dan memenuhi keperluan anda. Cara ini mungkin boleh menjimatkan masa anda.

Berikut beberapa soalan yang anda perlu tanya kepada ejen/broker insurans anda:

  • Apa syarat/keadaan yang tak dilindungi oleh polisi ini? Pastikan anda jelas tentang potongan, pengecualian, had, dan apa-apa saja yang tak dilindungi.
  • Adakah pembaharuan polisi ini dilakukan secara automatik? Apa caj pembatalan yang dikenakan jika saya serah balik polisi?
  • Apa yang berlaku jika kehidupan saya berubah dan saya sukar untuk membayar premium; cth. jika saya hilang kerja?
  • Selain habis tempoh polisi, apa faktor lain yang mungkin menyebabkan polisi saya tamat/ditamatkan??

Anda perlu berhati-hati tentang beberapa perkara:

  • Jangan beli lebih perlindungan daripada yang anda perlukan: ada ejen/broker yang mungkin akan cuba jual insurans hayat yang memberi perlindungan lebih daripada yang diperlukan, atau mendesak pelanggan yang muda atau berisiko rendah untuk mengambil pelan perubatan yang menyeluruh.
  • Jangan beli keseluruhan produk yang anda mungkin tak perlukan: ada ejen/broker menjual insurans hayat seumur hidup yang menawarkan manfaat insurans serta pelaburan kepada anda. Produk insurans hayat seumur hidup hanya memberi ‘pulangan yang dijangkakan’ yang mungkin mengurangkan jumlah wang yang akan ditinggalkan kepada orang-orang yang anda sayang. Jadi, sebelum anda pilih produk seperti ini, pastikan anda sedar tentang risikonya.
  • Jangan bergantung sepenuhnya kepada apa yang diberitahu oleh ejen anda: semua ejen/broker insurans perlu ambil ujian sebelum mula bekerja, tetapi mereka bukan pakar dalam semua topik kewangan. Sentiasa buat kajian anda sendiri juga, dan jangan bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang diberi oleh ejen.

Selain menjual polisi insurans kepada anda, ejen/broker juga sepatutnya memberikan anda bantuan dan khidmat sokongan dari masa ke masa, jadi tanya saja kepada mereka sebarang soalan berkenaan dengan polisi anda. Anda juga boleh mendapat ejen/broker yang baru jika ejen/broker asal anda telah meninggalkan syarikat insurans atau syarikat broker mereka.

 
 

Sumber tambahan

Untuk membantu anda membandingkan polisi dan mengingati butiran yang penting, kami telah menyediakan satu pencontoh untuk anda isi semasa anda menjalankan kajian.

Syarikat insurans & Polisi Polisi 1:

_____________

Polisi 2:

_____________

Polisi 3:

_____________

Sebut Harga Premium
Tempoh Polisi
Perlindungan
Pengecualian yang dinyatakan
‘Rider’ Pilihan
Terma-terma lain
agaimana untuk beli

Muat turun di sini

Kuiz: Insurans

Tag: SENS-ABILTY

Tambah ke Folder Saya Hapus dari Folder Saya

DISYORKAN

Kandungan Pilihan Anda Telah Disimpan Di Sini

FOLDER SAYA

Untuk Menambah Penanda Lain Harap Daftarkan / Masuk

LOG-MASUK

OK

It seems that you have not completed "Introduction to Islamic Equities Market".

You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" before you may proceed to "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market".

You will need to complete "Introduction to Islamic Equities Market" and "An Intermediate Explanation of Islamic Equities Market" before you may proceed to "Advancing Your Knowledge of Islamic Equities Market".

Enrol Now
Contact Us Personal Data Notice Terms & Conditions Help
Follow us
Copyright © Bursa Malaysia Berhad 197601004668 (30632-P). All rights reserved.
In support of
Related links
 
GlOSARI
Scroll Top

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pengalaman terbaik di Laman Web kami. Dengan terus menggunakan Laman Web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki untuk membantu kami memahami bagaimana anda menggunakan Laman Web ini. Anda boleh mengubah tetapan kuki melalui pelayar anda.